KG.LOBONG-LOBONG
tanaknabaluhsty@yahoo.com
Mr.djuanis Mogirong
Penyelaras -0198973637
PENGENALAN
Tanak Nabalu Homestay terletak di dataran lembah Kg.Lobong-Lobong Kota Belud. Kedudukannya lebih kurang 60km dari Bandaraya Kota Kinabalu, dan 5km dari jalanraya utama Kota Kinabalu-Ranau.
Kg.Berlatar belakang Mt.Kinabalu
Nama Tanak Nabalu Homestay diambil sempena batu yang serupa dengan gunung Kinabalu yang terletak di tengah-tengah Kg. Lobong-Lobong.
Kedudukan yang strategik, pemandangan yang cantik dan Suasana yang nyaman merupakan keindahan semulajadi yang menjadi eset utama menjadikan tempat ini sesuai untuk didiami dan dikunjungi.
TEMPAT MENARIK BOLEH DIKUNJUNGI
- Berkunjung di “Tanak Nabalu” atau Batu berbentuk gunung Kinabalu
- Berkunjung ke air terjun
- Meredah hutan belantara /hutan semulajadi di kawasan berhampiran Taman Negara.
- Menikmati air sungai yang belum tercemar.
- Melawat Taman Orkid Koleksi Mr.Rainol Sulutan
- Mengunjungi Lubuk Ikan Air tawar (Kawasan Tagal Kaung)
AKTIVITI DISEDIAKAN
· Persembahan kebudayaan (Mengagong, Togungak)
· Sukan rakyat (Momolositik, Monopuk, Tongkisus)
· Menoreh getah
· Memungut ikan air tawar dari System Tagal – Sekali setahun
· Merambat dan Meniud ikan air tawar
· Menugal (menanam padi) dan Mongomot (Menuai padi) Bukit
· Dll
No comments:
Post a Comment