Monday, May 26, 2008

Cool Water & fresh...



Sungai bersih, sejuk dan menyegarkan...anda boleh menikmatinya apabila anda melawat diTanak Nabalu Homestay. Bawa keluarga dan kawan-kawan...nikmati kesegaran air yang sungguh menyeronokkan..

Friday, May 23, 2008

Local Fruit



Apabila anda melawat ke Tanak Nabalu Homestay anda berpeluang menikmati buah-buahan tempatan seperti nenas, durian, rambutan,langsat,tarap dn banyak lagi...terdapat buah-buahan yang tidak bermusim seperti nenas..

Wednesday, May 21, 2008

Orchid...


Antara lain spesis orchid yang anda boleh jumpa, apabila anda berkunjung di Tanak Nabalu Homestay

Tuesday, May 20, 2008

Membuat parang..


Berminat utk melihat bagaimana membuat
parang buatan orang kampung...?
Kualitinya lebih baik dan terjamin...orang2 di kg pun ada juga yang pakar buat parang...
Apabila anda berkunjung di Tanak Nabalu Homestay..anda boleh melihat dengan mata anda bagaimana parang itu dibentuk....jumpa anda disana....

Stone....River & Orchid

Tanak Nabalu Homestay.. selain anda boleh menikamati air sungai (mandi-manda) Tahubang (air sungai yang turun dari gunung kinabalu, anda juga boleh melawat/meninjau satu lagi batu yang berbentuk badan gajah atau kerbau...


satu pertemuan dua (2)sungai yang mempunyai tahap kesejukan (suhu) yang berbeza, iaitu sungai Kadamaian dan sungai Tahubang. Sg.Tahubang sangat sejuk sementara Sg.Kadamaian suam-suam. Tidak banyak tempat yang mempunyai keunikan seperti ini..sungguh mengkagumkan...



Bunga Orkid

Pelbagai spesis orkid terdapat di kawasan ini...

Monday, May 19, 2008

Pelawat tanaknabalu homestay

Tanak Nabalu Homestay 18may2008:
Satu rombongan keluarga dari KK & KL..melawat mini mt.kinabalu, dan menikmaiti air sungai yang bersih, segar,sejuk dan tempat yang paling menarik utk dikunjungi..









Pandangan dari atas (main road Tampaluri-Ranau) Tanak Nabalu Homestay Kg.Lobong-Lobong Permai Kota Belud. Kg yang berlatar belakangkan gunung kinabalu..









Salah seorang rombongan possing di atas Batu Mini Mt.Kinabalu








Sungainya bersih dan indah...sejuk....segar..lagi....
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Perjalanan rombongan seterusnya ialah ke Walai Tokou Homestay d Kundasang....










Rose House di Walai Tokou Homestay..terkenal kerana pelbagai pelancong dari pelbagai negara menginap di rumah ini..gambar ini diambil pada waktu pagi..pandangan mt.kinabalu dari Walai Tokou Homestay..


Kalau anda berminat melawat atau tinggal bersama keluarga/masyarakat di Tanak Nabalu Homestay & Walai Tokou Homestay...

Hubungi : mr.Djuanis M 0198973637/0128671778 or tanaknabaluhsty@yahoo.com dan mr.Kohadie W/Rose:0198011790/0138812270

Thursday, May 15, 2008

Program/aktiviti berkemah utk pelajar sekolah

Program Perkhemahan

Program atau aktiviti berkhemah untuk pelajar sekolah atau group2 yang berminat juga boleh dilakukan. Persekitaran sungai yang bersih) air turun dari gunung kinabalu), air terjun yang cantik dan mengkagumkan...ada pasti tertarik dan berpuas hati...

Ikan Air Tawar

Sungai semulajadi didiami hidupan air seperti ikan air tawar (cth:ikan pelian..dll) boleh didapat disini..selain itu kepelbagaian flora & fauna di kawasan tanaknabalu homestay membuat kita kagum....

Tuesday, May 13, 2008

Tanak nabalu homestay program

TANAK NABALU HOMESTAY

KG.LOBONG-LOBONG

KOTA BELUD

tanaknabaluhsty@yahoo.com

Mr.djuanis Mogirong

Penyelaras -0198973637

PENGENALAN

Tanak Nabalu Homestay terletak di dataran lembah Kg.Lobong-Lobong Kota Belud. Kedudukannya lebih kurang 60km dari Bandaraya Kota Kinabalu, dan 5km dari jalanraya utama Kota Kinabalu-Ranau.

Kg.Berlatar belakang Mt.Kinabalu

Nama Tanak Nabalu Homestay diambil sempena batu yang serupa dengan gunung Kinabalu yang terletak di tengah-tengah Kg. Lobong-Lobong.

Batu Tanak Nabalu

Kedudukan yang strategik, pemandangan yang cantik dan Suasana yang nyaman merupakan keindahan semulajadi yang menjadi eset utama menjadikan tempat ini sesuai untuk didiami dan dikunjungi.

TEMPAT MENARIK BOLEH DIKUNJUNGI

  • Berkunjung di “Tanak Nabalu” atau Batu berbentuk gunung Kinabalu
  • Berkunjung ke air terjun
  • Meredah hutan belantara /hutan semulajadi di kawasan berhampiran Taman Negara.
  • Menikmati air sungai yang belum tercemar.
  • Melawat Taman Orkid Koleksi Mr.Rainol Sulutan
  • Mengunjungi Lubuk Ikan Air tawar (Kawasan Tagal Kaung)


AKTIVITI DISEDIAKAN

· Persembahan kebudayaan (Mengagong, Togungak)

· Sukan rakyat (Momolositik, Monopuk, Tongkisus)

· Menoreh getah

· Memungut ikan air tawar dari System Tagal – Sekali setahun

· Merambat dan Meniud ikan air tawar

· Menugal (menanam padi) dan Mongomot (Menuai padi) Bukit

· Dll